BAB 1 : PENJAJAHAN JEPUN DI NEGARA KITA
TEKA SILANGKATA
Lengkapkan semua silangkata, kemudian klik "Semak" untuk menyemak jawapan anda. Jika anda mengalami kebuntuan, anda boleh klik pada butang "Hint" untuk mendapat abjad pembayang. Klik pada pada nombor pada gridd untuk mendapatkan pembayang bagi soalan itu.
Semak
Melintang :
1. Penjajahan keatas negara lain 5. Jepun telah menghantar mereka sebelum menyerang Tanah Melayu 6. Masalah disebabkan kurang ubat-ubatan ketika pendudukan Jepun 8. Negara ini memberi laluan kepada Jepun untuk menyerang Tanah Melayu 9. Sebuah pertubuhan pimpinan Ibrahim Hj Yaacob 11. Digunakan oleh Jepun untuk mendapat sokongan rakyat Tanah Melayu 12. Salah satu faktor Jepun menyerang dan meluaskan kuasa ke negara lain. 13. Selain Nagasaki, bandar ini telah dibom oleh Amerika Syarikat dengan bom atom yang menyebabkan Jepun telah menyerah kalah. 15. Ditubuhkan di negeri Pahang untuk menentang Jepun 18. Teknik peperangan yang digunakan oleh MPAJA untuk menentang Jepun 19. Bertanggung jawab mentadbir daerah semasa pentadbiran Jepun 20. Jeneral yang telah menyerah kalah 22. Kesusahan dan kesempitan hidup menjadikan penduduk tempatan lebih ....... 23. Jepun dianggap sebagai kuasa besar setelah menewaskan negara ini. 24. Dibuat untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan 25. Jepun mengubah nama Singapura kepada Cahaya Selatan 26. Jepun menyerang bandar di Sarawak ini kerana sumber petroleum yang terdapat di sana.
Menegak :
2. Dasar yang diperkenalkan oleh Jepun di Tanah Melayu 3. Semasa pendudukan Jepun, mereka hanya berkuasa dalam bidang agama dan adat istiadat 4. Negeri pertama di Tanah Melayu yang diserang oleh Jepun 6. Jepun memerlukan kawasan pertanian baru setalah berlaku pertambahan ............ 7. Semasa pendudukan Jepun, mereka bertanggungjawab menjaga keselamatan negara. 10. Gerakan yang ditubuhkan untuk menentang jepun 14. Tujuan pendidikan Jepun diperkenalkan ialah untuk memupuk taat ___ kepada Maharaja Jepun 16. Negara ini telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun.Ini menyebabkan Jepun terdesak menyerang negara Asia Tenggara 17. Persatuan ini ditubuhkan oleh Ibrahim Yaacob setelah Kesatuan Melayu Muda dibubarkan 19. Pada tahun 1868, Jepun bangkit sebagai kuasa imperialis semasa pemerintahan ............... 20. Masalah ekonomi yg berlaku semasa pemerintahan jepun 21. Tujuan British melaksanakan bumi .................. ialah untuk mengelakkan kekayaan negara ini daripada jatuh ke tangan tentera Jepun.